Syarat Tender
Tender Perkhidmatan Penyelenggaraan Komprehensif Infrastruktur Pusat Data Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Di Perbendaharaan Negeri Selangor
PWNSEL/DT01/2025
  1. Dokumen tawaran ini hanya akan dikeluarkan kepada petender/wakil yang sah sahaja. Petender wajib mengemukakan surat pendaftaran serta salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Akuan Syarikat Bumiputera (jika ada) dan sijil (atau bukti) pendaftaran dengan Kerajaan Negeri Selangor (melalui Sistem Tender Online Negeri Selangor 2.0). Dokumen tawaran yang berharga RM50.00 bagi satu (1) set boleh diperolehi melalui Sistem Tender Online Selangor (https://tender.selangor.my) mulai 20 Februari 2025 hingga 13 Mac 2025.
  2. Petender hendaklah menghantar dokumen berupa satu (1) set dokumen asal (diletakkan di dalam satu sampul surat berlakri mengandungi satu (1) sampul dokumen harga dan satu (1) sampul dokumen teknikal) berserta satu (1) thumbdrive yang mengandungi softcopy dokumen berkaitan). Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri yang bertanda dengan Kod Tender PWNSEL/DT01/2025 pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti tender di alamat berikut:

    Bahagian Khidmat Pengurusan,
    Perbendaharaan Negeri Selangor Tingkat 12,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
  • Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 120601, 210102, 210105 dan 220301; dan
  • Berdaftar dengan Kerajaan Negeri Selangor (melalui Sistem Tender Online Negeri Selangor 2.0 – https://tender.selangor.my)