Soalan Lazim

Pengurusan bagi senarai soalan lazim sistem.

Senarai Soalan Lazim (Bantuan Untuk Kontraktor)

Kembali

Pendaftaran sebagai Kontraktor boleh dilakukan dengan klik butang "Daftar" di halaman log masuk utama. Lengkapkan borang pendaftaran syarikat dengan mengisi maklumat profil SSM, alamat, dan butiran perhubungan pemilik syarikat. Seterusnya, muat naik sijil wajib seperti CIDB dan sijil pengesahan bidang lain yang berkaitan untuk disemak oleh pihak urusetia.

Untuk tujuan pembaharuan profil, anda dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan yang disahkan termasuk:
  • Salinan Sijil Pendaftaran CIDB (bagi kontraktor kerja)
  • Penyata bank rasmi syarikat bagi 3 bulan terkini
  • Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat SSM (Borang 9 / Profil Syarikat Terkini)
  • Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (jika berkenaan)

Yuran langganan akaun Kontraktor adalah sebanyak RM50.00 setahun. Pembayaran boleh dibuat secara selamat terus di dalam sistem melalui gerbang pembayaran FPX (perbankan internet) atau kad kredit/debit. Setelah transaksi berjaya, resit rasmi sistem akan dikeluarkan serta-merta untuk rujukan anda.